Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang ke-86 pada Ahad.
Mendahului senarai 846 penerima, Ismail Sabri dikurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang, yang membawa gelaran Datuk Patinggi.